Isnin, 17 Februari 2014

Sesi Suai Kenal

Assalamualaikum W.B.T

Salam hormat kepada semua penggiat audio sistem di Malaysia. Tujuan saya membuka blog ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi ilmu. Saya bukanlah orang yang berjaya sampai ke menara gading dan belajar dalam bidang audio sistem atau dalam english di kenali sebagai pengajian “sound reinforcement” yang mana pengkhususan ini bukanlah sesuatu yang popular di telinga kita. 

Apabila kita tamat pengajian peringkat sekolah menengah. Apa yang guru-guru suruh kita sambung belajar dalam bidang kejuruteraan bangunan, Oil & Gas macam-macam lagi la. Yang pandai mengarang, mesti ambil pengkhususan komunikasi media. Bukan apa, pasaran kerja untuk bidang tersebut amat tinggi kalau tidak memilih kerja la. Tapi bagi pengkhususan Kejuruteraan bunyi, haram kot nak di cerita kat studen, jadi semua jadi lemau, termasuk la aku, pergi ke IPTS ambil bidang Mekatronik, konon nak jadi juruteknik la, Tak sedar diri sendiri SPM ambik Sastera. Hahaha oklah dalam blog ni, mungkin saya lebih suka gaya bercerita dalam menerangkan pasal bunyi ni. Lagi mudah nak fahamkan.
Lebih Kurang macam nie la rupe 3way Speaker
System dulu2

Minat aku dalam bidang bunyi bunyian ni dari kecik lagi. Masa kecik aku suka dengar lagu. Tapi masa tu tak sedar lagi yang aku minat pasal bunyi. Ye la duduk dengan arwah atok aku mana ada barang canggih. Bila aku darjah 4, aku duduk dengan arwah abah dengan mama aku pulak. Mula la aku buat eksperimen audio pasal ada mini hifi dengan speaker box 3way system tu. Alah, orang dulu kebanyakannya kat rumah mesti ada  speaker box tu. Bunyi standard la. Kalau mini hifi tu ada eq bagai, sedap le sikit, ada pulak Line In,boleh la sambung bunyi dari video player ke mini hifi tu, ha ada la home theater. Bila masuk sekolah menengah pulak aku mula belajar cara memasang audio system kereta. Tapi bukan aku pasang dalam kereta, tapi dalam bas sekolah arwah member aku. Ha kau, macam panggung wayang dah sound dalam bas tu. Itu cerita minat aku la.

Aku mula belajar pasal Pro Audio System bila aku masuk keje Jabatan Penerangan. Walaupun jawatan aku jawatan bercakap je tak sudah. Tapi nak bercakap, kena ada P.A System. Mula-mula tolong angkat, tarik wayar speaker, tarik wayar mic, betulkan mic, dok cakap test mic, sedap ke tak langsung x peduli, asalkan ada bunyi. Bila sampai satu ketika, ada masa aku kena tolong JAV jaga mixer tu. Mase tu la aku belajar sikit-sikit mana nak set bunyi, elakkan feedback dan macam-macam lagi asas-asas penalaan audio.



Ok, banyak melalut dah ni, dalam blog ini nanti saya akan terangkan satu persatu tentang dunia audio kepada pembaca. Ingat, saya bukan pakar tetapi saya rasa perlu memulakan langkah untuk berkongsi apa yang saya tahu supaya sama-sama dapat kita kongsi ilmu ini. Saya terfikir untuk menulis blog ini kerana di pasaran agak susah mendapat buku tentang dunia audio dalam bahasa melayu. Kemungkinan besar, sampai satu masa, blog ini akan di keluarkan dalam bentuk buku berjilid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan