Ok...Sebelum ini kita telah membincangkan tentang Dynamic Microphone dan Condenser Microphone....sekarang mari kita sambung kepada Ribbon Microphone. Apa yang membezakan antara dua jenis mic yang di bincangkan sebelum ini ialah Mic jenis ini adalah yang paling mudah rosak. Jadi ianya tidak menjadi popular dalam keperluan penggunaan kita. Walaupun pada ketika ini, kualiti Ribbon Mic semakin baik berbanding dahulu, ianya tetap tidak menjadi pilihan kepada penggiat audio terutamanya untuk keperluan "Live Sound".
Dari segi fungsinya, Mic ini berfungsi sama seperti Dynamic Mic, yang mana ia perlu dekat dengan sumber bunyi. Semakin jauh sumber bunyi, maka semakin kuranglah kualiti bunyi yang di hasilkan. Semakin dekat sumber bunyi dengan mic ini, kualiti yang dihasilkan sangat baik jika dibandingkan dengan dynamic mic.
Mic jenis ini biasa digunakan untuk keperluan recording kerana bunyi yang dihasilkan amat sedap di dengar dan tidak menyakitkan teliga. Mic ini menghasilkan frequensi bunyi "Low" & "Mid" dan memotong terus frequensi "High" jadi bunyinya akan terasa agak tumpul dan tak setajam bunyi yang di hasilkan dengan menggunakan dynamic mic @ Condenser Mic. Hasil rakaman menggunakan Ribbon Mic ini perlu di dengar berulang kali sehingga kita akan merasai bunyinya begitu merdu walaupun tak sejelas hasil rakaman menggunakan Condenser Mic.
Sekiranya pembaca ingin mengetahui perbezaan bunyi antara Condenser Mic / Dynamic Mic dan Ribbon Mic, pembaca boleh mendengar alunan muzik daripada CD yang mana kerja rakamannya menggunakan Condenser Mic / Dynamic Mic. Manakala untuk mendengar kualiti bunyi rakaman menggunakan ribbon mic, pembaca boleh mendengar hasil bunyi alunan muzik dari piring hitam.
Tetapi, sekiranya ada dikalangan pembaca yang teringin nak menggunakan mic ini, harus di ingat, ianya amat mudah rosak. Kerosakan boleh berlaku kepada mic ini hanya kerana anda tertekan butang "Phantom Power".
A significant mic in my opinion. I'm keeping my at2005usb since I are now living in the dorm and have raucous roommates. Dynamics are excellent for someone who lives together with roommates. hyperx quadcast
BalasPadam