Isnin, 17 Februari 2014

Kenali Microphone

Apa Itu Microphone?

Ok, ini bab yang pertama cerita tentang microphone(aku guna istilah MIC). Jadi seperti yang aku katakan, aku akan gunakan gaya bercerita supaya korang seronok baca dan mudah faham apa yang nak aku terangkan.  Orait, apa ke bendanya mic ni? Sekali pandang macam lesung batu pun ada, hahaha...tapi walau apa pun rupa mic tu, fungsinya sangat besar. 

Tanpa kita sedari, mic berada di sekeliling kita dan hampir setiap masa kita bergantung kepada mic. Bukan setakat penyanyi nak guna mic,Tok Bilal melaungkan azan guna mic, ahli politik bercakap nak guna mic. Siaran radio & TV nak guna mic,nak telefon, tak kira la telefon awam, telefon rumah waima handphone pun guna mic. Bayangkan mic x dicipta, alamatnya xde siaran radio la, tv hanya senyap sunyi, boleh chit chat kat internet je, hantar surat x sudah, dah jumpa baru boleh bercakap. Penyanyi mesti sakit tekak setiap kali nyanyi & ahli politik xde nak berucap kat audien yang beribu pasal yang boleh dengar suara dia ada dalam 50 orang je.Pendek kata, mic merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan kita.

Oklah, jom kita lihat maksud mic dari sudut ilmiah. Microphone@mic adalah satu transduser yang menukar gelombang bunyi kepada golombang elektrik dan disalurkan melalui amplifier dan mengeluarkan bunyi melalui speaker.  Perkataan Microphone asal dari bahasa Yunani iaitu  Mikros = kecil dan fon = suara(bunyi). Jadi tugas mic ialah menguatkan lagi bunyi yang kotak suara kita keluarkan.

i. 1872 Sir Charles Wheatstone merupakan orang pertama mengembangkan penciptaan mic kuno 
   kepada mic generasi baru.

ii. 1876 Emile Berliner adalah orang pertama mencipta mic untuk digunakan dalam telefon.

iii.Oktober 1876  Thomas Alfa Edison telah menghasilkan mic carbon untuk tujuan komersial.

iv.1878 David Edward Hughes meneruskan legasi perkembangan mic carbon sehingga tahun 1920an.

v.James West and Gerhard Sessler merupakan pencipta mic elektrik yang pertama pada tahun 1964 
  dan apa yang membezakan dengan mic yang di kembangkan pada waktu sebelumnya ialah, harganya 
  lebih murah dan dapat di beli oleh orang ramai. Hampir sejuta yunit mic dipasarkan setiap tahun.

vi.1970an. Dynamic mic dan Condenser mic mula di cipta yang mana ianya memiliki sensitiviti yang 
   baik dan banyak digunakan dalam dunia penyiaran.

Itu antara serba sedikit cerita pasal mic. Termasuk dengan sejarah penciptaannya. Kita akan sambung ke bab tajuk seterusnya tentang mic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan