Isnin, 17 Februari 2014

Condenser Microphone & Phantom Power

Condenser Microphone

Ok, kita teruskan lagi kisah pengenalan kepada mic ni. Kali ni cerita pasal Condenser Mic pulak. Apa pulak condenser mic nie? Apa bezanya dengan dynamic mic?

Perbezaan utama Condenser Mic dan Dynamic Mic ialah, Condenser Mic memelukan kuasa tambahan untuk membolehkan ianya beroperasi. Dan biasanya kuasa tambahan tersebut boleh di dapati dari bateri atau pun dengan cara menghidupkan “Phantom Power +48v” di Mixer anda.

Mic ini biasa di gunakan di Studio rakaman kerana bunyi yang di hasilkan lebih jelas, (jangan sesekali melepaskan angin dengan bunyi yang kuat, pasti akan dapat ditangkap bunyinya). Mic jenis ini juga sesuai untuk merakam bunyi “ambient” @ bunyi sekeliling. Jarak bunyi dengan mic ini bukanlah satu masalah, kerana mic ini memang di cipta supaya mampu memerangkap sumber bunyi yang jauh daripadanya. Dan hasilnya lebih sedap di dengar. 

Kat bawah ini adalah beberapa contoh Condenser Mic @ Boom Mic.

Shootgun Mic

Floor Mic

Studio Condenser Mic

Shootgun Condenser Mic


Floor Mic


Table Mic


Phantom Power

Phantom Power bukanlah sesuatu yang asing kepada penggiat audio. Kebanyakan Mixer mempunyai kemudahan ini. Ianya adalah elemen yang penting bagi membolehkan condenser mic berfungsi. Apabila Phantom Power dihidupkan, kuasa 48volt akan dihasilkan dan dihantar ke chanel mixer yang menggunakan condenser mic.

Contoh Suis Phantom Power pada Mixer 

Single Suis Phanton Power. Walaupun hanya 1 channel menggunakan Condenser Mic,
tidak akan berlaku sebarang feedback@humming pada channel yang menggunakan
dynamic mic.
By Group Phantom Power Switch.
Mixer jenis ini sekiranya menggunakan Phantom Power pada group yang di nyatakan, dynamic mic
tidak boleh digunakan. Contoh Group 1-6 dihidupkan Phantom Power, hanya condenser mic boleh digunakan di group itu, sekiranya perlu menggunakan Dynamic Mic, Channel ke 7 yang tidak dihidupkan Phantom Power Perlu digunakan untuk mengelakan Feedback@humming.
By Channel Phantom Power Switch.
Mixer jenis ini lebih mudah di kendalikan sekiranya mahu menggunakan condenser Mic. Hanya Channel yang menggunakan Condenser Mic Sahaja yang perlu Phantom Power Dihidupkan

Ada Mixer yang tiada fungsi Phantom Power, Jadi Alat ini diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan