Assalamualaikum W.B.T
Salam hormat kepada
semua penggiat audio sistem di Malaysia. Tujuan saya membuka blog ini tidak lain
dan tidak bukan adalah untuk berkongsi ilmu. Saya bukanlah orang yang berjaya sampai
ke menara gading dan belajar dalam bidang audio sistem atau dalam english di
kenali sebagai pengajian “sound reinforcement” yang mana pengkhususan ini
bukanlah sesuatu yang popular di telinga kita.
Apabila kita tamat pengajian
peringkat sekolah menengah. Apa yang guru-guru suruh kita sambung belajar dalam
bidang kejuruteraan bangunan, Oil & Gas macam-macam lagi la. Yang pandai mengarang,
mesti ambil pengkhususan komunikasi media. Bukan apa, pasaran kerja untuk
bidang tersebut amat tinggi kalau tidak memilih kerja la. Tapi bagi
pengkhususan Kejuruteraan bunyi, haram kot nak di cerita kat studen, jadi semua
jadi lemau, termasuk la aku, pergi ke IPTS ambil bidang Mekatronik, konon nak
jadi juruteknik la, Tak sedar diri sendiri SPM ambik Sastera. Hahaha oklah dalam
blog ni, mungkin saya lebih suka gaya bercerita dalam menerangkan pasal bunyi
ni. Lagi mudah nak fahamkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXqT4p-gMEmiWuU-2X-ZojqOBOU1MKZU9R0mq7E_AaJ8NA2PcQ4eMc8_Bkz6NCTH_IktCBNHfb03kuMFbWtyFfAXEjKglG0nEcOC8eSlk9Pe-Ozgq9OP1eYz6jaNKAVTeBohuJndyT2V8/s1600/1000x1000.jpg) |
Lebih Kurang macam nie la rupe 3way Speaker System dulu2 |
Minat aku dalam
bidang bunyi bunyian ni dari kecik lagi. Masa kecik aku suka dengar lagu. Tapi
masa tu tak sedar lagi yang aku minat pasal bunyi. Ye la duduk dengan arwah
atok aku mana ada barang canggih. Bila aku darjah 4, aku duduk dengan arwah
abah dengan mama aku pulak. Mula la aku buat eksperimen audio pasal ada mini
hifi dengan speaker box 3way system tu. Alah, orang dulu kebanyakannya kat rumah
mesti ada speaker box tu. Bunyi standard
la. Kalau mini hifi tu ada eq bagai, sedap le sikit, ada pulak Line In,boleh la
sambung bunyi dari video player ke mini hifi tu, ha ada la home theater. Bila
masuk sekolah menengah pulak aku mula belajar cara memasang audio system
kereta. Tapi bukan aku pasang dalam kereta, tapi dalam bas sekolah arwah member
aku. Ha kau, macam panggung wayang dah sound dalam bas tu. Itu cerita minat aku
la.
Aku mula belajar
pasal Pro Audio System bila aku masuk keje Jabatan Penerangan. Walaupun jawatan
aku jawatan bercakap je tak sudah. Tapi nak bercakap, kena ada P.A System.
Mula-mula tolong angkat, tarik wayar speaker, tarik wayar mic, betulkan mic,
dok cakap test mic, sedap ke tak langsung x peduli, asalkan ada bunyi. Bila
sampai satu ketika, ada masa aku kena tolong JAV jaga mixer tu. Mase tu la aku
belajar sikit-sikit mana nak set bunyi, elakkan feedback dan macam-macam lagi
asas-asas penalaan audio.
Ok, banyak melalut
dah ni, dalam blog ini nanti saya akan terangkan satu persatu tentang dunia
audio kepada pembaca. Ingat, saya bukan pakar tetapi saya rasa perlu memulakan
langkah untuk berkongsi apa yang saya tahu supaya sama-sama dapat kita kongsi
ilmu ini. Saya terfikir untuk menulis blog ini kerana di pasaran agak susah
mendapat buku tentang dunia audio dalam bahasa melayu. Kemungkinan besar, sampai satu masa, blog ini akan di keluarkan dalam bentuk buku berjilid.