Rabu, 19 Februari 2014

Pola Penangkapan Bunyi.

Setelah kita berkenalan dengan pelbagai jenis microphone, kali ni kite kenal pula macam mana microphone memerangkap bunyi. Setiap Mic tidak mempunyi pola penangkapan bunyi yang sama. Jadi saya akan terangkan satu persatu.

Cardiod Polar Pattern.


Pola ini adalah yang paling dekat dengan kita. Selain dari Cardoid Polar Pattern, ia juga dikenali sebagai unidirectional @ pola penangkapan berbentuk hati. Kebanyakan mic dihasilkan dengan pola jenis ini. Kenapa ia begitu popular?

Mic ini berfungsi dengan baik apabila dekat dengan sumber bunyi. Sekirannya kita menyanyi, mic dihalakan tepat ke mulut kita supaya kualiti suara kita hasilkan mudah kerja-kerja penataan bunyi. Tetapi sekiranya mic dihalakan ke arah berlawanan dari sumber suara, maka hasilnya paham-paham je laa......

Kelebihan menggunakan mic yang mempunyai pola ini ialah ia meminimakan kemungkinan berlakunya "feedback". Ini kerana ia berfungsi dengan cukup baik apabila sumber bunyinya dekat dengan mic. Sekiranya kita menggunakan mic untuk miking instrument, bunyi yang ditangkap adalah bunyi instrument yang terhampir dengan mic tersebut. Jadi bunyi instrument lain hampir tidak kedengaran padanya.

Keburukan mic jenis ini ialah, ianya hanya berfungsi dengan baik sekiranya sumber bunyinya dekat dan dihalakan tepat kepada mic tersebut. Namum sekiranya sumber bunyi itu jauh, hasilnya agak lemah. 

Disini kita dapat simpulkan kenapa mic yang mempunyi Pola ini banyak digunakan untuk keperluan "Live Sound" kerana ia amat berguna dalam mengelakkan berlakunya "Feedback".

Insyaallah...pada masa akan datang, saya akan sediakan Video untuk memudahkan pembaca memahami tentang mic dan juga pola pattern mic. Kita akan sambung lagi berkenaan dengan Polar Pattern mic nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan