Rabu, 5 Mac 2014

OMNIDIRECTIONAL POLAR PATTERN

Assalamualaikum semua...

lamanya x update..nasib baik jumpa balik pendrive ku.

Ok..Pada kali ini kita akan belajar tentang Omnidirectional Pollar Pattern. Ianya adalah mic yang menangkap bunyi dari semua arah. Walau dari arah mana sekalipun, mic ini dapat menangkap dan memproses bunyi dengan baik berbanding dengan cardoid mic yang hanya dapat menangkap bunyi dengan baik dari satu arah sahaja.

Mic ini juga sangat baik untuk menangkap bunyi ambience dalam satu ruang seperti bunyi dalam bilik, studio atau pun kalau penggiat audio majlis kahwin, mic ini bagus digunakan kepada kumpulan marhaban yang mana walau 1 mic di gunakan, tapi semua suara dan instrument dapat diproses dengan cukup baik.

Tetapi, mic ini juga mempunyai kekurangannya. Ianya tidak sesuai di gunakan untuk keperluan Live Sound kerana, ianya akan cepat "Feedback" yang mana kita sedia maklum dalam "Live Sound" kita menggunakan banyak "Monitor Speaker". Sudah pasti ianya mengganggu kita dan majlis yang sedang dijalankan. Mic jenis ini kalau kita beli yang paling mahal pun tak akan dapat menyelesaikan masalah "feedback" yang berlaku. Jadi kita dapat memahami, setiap mic dicipta ada kegunaannya tersendiri. 

Mengetahui ilmu pollar mic adalah sangat penting dan boleh jadi panduan dalam pemilihan mic yang sesuai dengan corak penggunaan kita.